suria

“Ni semua salah ayah!” Abang dedah kisah sebenar adik kuat drama menangis di pagi raya dilabel ‘Anakku Sazali’

Gelagat Mohamad Faris semasa bersalaman dengan bapanya pada Hari Raya menarik perhatian netizen. Foto ihsan Foto ihsan Muhamad Firdaus Abd Rahman

SEBUAH video yang tular mengenai seorang anak bersalaman dengan bapanya pada Hari Raya mengejutkan netizen sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Ada yang menganggap ia lucu, malah segelintirnya menggambarkannya seperti adegan filem Anakku Sazali lakonan Tan Sri P. Ramlee yang mengisahkan seorang anak derhaka dengan bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis tak mahu balik sebab sekolah ‘best sangat’, bapa jawab tuduhan garang, cikgu lawa

ARTIKEL BERKAITAN: Hari pertama sekolah meraung sakan, budak comel kini asyik nyanyi lagu Khai Bahar

Video tersebut menunjukkan seorang anak kecil yang menangis teresak-esak semasa bersalaman dengan bapanya semasa hari lebaran.

“Ini semua salah ayah!,” jerit budak berbaju Melayu sambil menunding jari ke arah bapanya sebelum beredar.

Abang kepada kanak-kanak itu, Muhamad Firdaus Abd Rahman, 23, menjelaskan video yang baru tular itu sebenarnya dirakamkan pada Hari Raya pertama dua tahun lalu.

Mohamad Faris Abd Rahman. 

Muhamad Firdaus memberitahu, adik lelakinya Mohamad Faris yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik, ketika itu baru berusia empat tahun.

Jelasnya, video itu sebelum ni hanya dikongsi dalam kalangan keluarga dan saudara terdekat, tetapi ia menjadi tular selepas dikongsi semula.

“Ramai yang terkejut dengan tindakan adik saya meninggikan suara kepada ayah sehingga menggelarkannya macam-macam termasuk watak Anakku Sazali.

“Sebenarnya, adik menangis bila tengok kami adik-beradik menangis semasa bersalam minta maaf dengan mak dan ayah di rumah keluarga kami. Bila tiba giliran dia untuk bersalam, dia masih menangis.

“Mula-mula ayah tanya kenapa menangis, dia tak jawab dan terus menangis. Bila ayah tanya lagi kenapa, terus dia cakap semua salah ayah sebab ayah buatkan dia menangis tengok kami adik-beradik menangis,” katanya kepada mStar.

Mohamad Faris seorang yang mudah sensitif.

Muhamad Firdaus mendedahkan adiknya yang lebih mesra dengan panggilan Aish dalam kalangan keluarga sebenarnya seorang yang mudah sensitif.

“Dia bukan saja cepat sensitif, kuat ‘drama’ pun ya juga. Kalau tengok cerita sedih kat TV, dia terus menangis beria-ria.

Dia bukan saja cepat sensitif, kuat ‘drama’ pun ya juga. Kalau tengok cerita sedih kat TV, dia terus menangis beria-ria.

MUHAMAD FIRDAUS

“Ayah dan mak tahu pasal video adik yang baru tular tu. Mereka ketawa saja sebab tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik video tu,” katanya.

Mohamad Faris bersama ibu bapanya pada Hari Raya pertama, Rabu lalu.

Menurutnya, kisah Mohamad Faris yang menangis pada Hari Raya dua tahun lalu menjadi bahan gurauan pada Hari Raya tahun lalu di rumah nenek mereka.

“Kami dan saudara-mara menyakat dia masa bersalam dengan nenek sebelah ibu. Bila ramai-ramai gelak, dia kemudian menangis dan merajuk kata ‘tak nak raya lagi’ sampai duit raya pun tak nak ambil,” katanya secara berseloroh.

Bagaimanapun, Mohamad Faris yang kini berusia enam tahun dan mengikuti kelas prasekolah di Kulai, Johor tidak lagi menangis pada 1 Syawal tahun ini.

Mohamad Faris (depan, tengah) bersama keluarga.

Muhamad Firdaus berkata, ini kerana ketika bermaafan sempena Hari Raya itu, adiknya tidak turut serta di ruang tamu bersama mereka sekeluarga.

“Jadi, dia tak nampak kami semua menangis masa salam dengan ayah dan mak. Mood dia okay kali ni. Tapi di pagi raya pun masih nak berdrama.

“Masa dia datang salam tangan dan cium mak, dia siap kata air liur ke sedangkan tu air mata mak kat pipi sebab baru lepas menangis. Adik dengan kuat dramanya memang tak boleh dipisahkan,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
menangis, Anakku Sazali, raya, anak, salam

Artikel Lain