INSIDEN pertelingkahan antara pelanggan dan staf di sebuah pusat permainan arked mendapat perhatian ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila pekerja arked menegur dua pelanggan lelaki yang didakwa bermain secara ganas dengan mengetuk dan menghentam mesin permainan sehingga pihaknya terpaksa mematikan suis. Menerusi video di muat naik di media sosial oleh pelanggan terbabit, kelihatan pekerja wanita berkenaan memberi amaran bahawa tindakannya merakam insiden pertelingkahan sesama mereka boleh dilaporkan kepada polis."Jangan rapat-rapat! Engkau rakam aku, aku boleh report polis. Aku boleh report tau," katanya sambil menunding jari kepada lelaki berkenaan yang terus membuat rakaman video.Kedua-dua pelanggan tersebut bagaimanapun mempertahankan diri dan menafikan mereka bermain secara kasar atau melakukan perbuatan merosakkan mesin seperti didakwa."Saya pun banyak kawan polis. Saya tak takut punya. Kita memang tak ada slamp (hentak), boleh check dekat CCTV la. Jika saya slamp, saya bayar tau. RM500 saja eh, ingat kita tak ada (duit) meh? Elakkan sebarang provokasi ketika berada di tempat awam. -Gambar hiasan AI"Awak sudah marah saya, saya cakap okay. Saya sudah minta maaf. Saya tak tahu sini punya peraturan. Suka-suka tutup."Sekali (pertama kali) saya hentam awak sudah marahkan saya, saya tak ada hentam (buat lagi sekali)," kata pelanggan terbabit yang membela diri di sebalik rakaman video.Seorang lagi pekerja, dipercayai pengurus turut memaklumkan bahawa mereka terdengar bunyi ketukan pada mesin permainan tersebut sebelum bertindak mematikan suis bagi mengelakkan kerosakan.Malah, pihaknya tidak boleh memberikan rakaman kamera litar tertutup sewenang-wenangnya seperti mana diminta pelanggan tersebut kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP).Menerusi kapsyen video, individu yang merakam kejadian itu menjelaskan bahawa mereka hanya bermain permainan Wangan Midnight seperti pelanggan lain dan berasa terkejut apabila mesin mereka dimatikan tanpa sebarang penjelasan.Menurutnya, permainan perlumbaan kereta tersebut sememangnya menghasilkan bunyi ketika dimainkan dan pihak arked seharusnya memberi penjelasan yang lebih berhemah sebelum mengambil tindakan."Mereka (pekerja arked) beri respons yang kami knocking (ketuk) dan hitting (hentak) mesin tu. Saya nak jelaskan dekat sini, permainan video ni memang semula jadi keluar bunyi bila dimainkan.Pertelingkahan tercetus apabila pekerja arked mematikan mesin permainan yang digunakan dua pelanggan lelaki.Pelanggan terbabit menafikan melakukan perbuatan menghentam mesin dan mendakwa mereka hanya bermain seperti biasa.Pihak arked memaklumkan tindakan itu dibuat selepas terdengar bunyi hentakan mencurigakan.Rakaman kejadian tersebut tular di media sosial dan mengundang perhatian ramai.Netizen memberi pelbagai reaksi dengan sebahagian menyokong tindakan pekerja arked.Ringkasan ini dijana oleh AI"Stereng, pedal dan semua punat menghasilkan bunyi semasa bermain secara normal. Jadi saya nak tanya, jika mesin ni tak sepatutnya keluarkan sebarang bunyi, macam mana cara sepatutnya kami main?"Kami sebagai pelanggan, bayar untuk bermain seperti biasa mengikut cara yang sepatutnya. Minta tolong jangan marah atau tuduh pelanggan hanya kerana hal kecil tanpa sebarang penjelasan atau rasa hormat," katanya.Dalam pada itu, individu berkenaan turut menjelaskan pihak pengurusan pusat arked itu wajar mempertimbangkan semula operasi premis tersebut sekiranya tidak dapat menerima cara pelanggan menggunakan mesin permainan mengikut fungsi dan reka bentuk asalnya.Bagaimanapun, tindakan mereka turut menerima kritikan daripada netizen yang menyokong pihak pekerja arked selepas video tersebut menerima lebih 4.4 juta jumlah tontonan dalam masa kurang 24 jam."Semoga akak tu buat laporan polis. Semoga dipermudah urusan akak tu."Itu game arked bukannya pertandingan punya permainan. Tak membaca punya orang."Apa kata beli sendiri, main dekat rumah kalau dah selalu main. Pekerja hanya menjalankan kerja dia. Kalau rosak dia juga kena marah," komen beberapa netizen.