SEORANG lelaki dan wanita dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah teres di Batu Pahat, Johor.Serbuan dilakukan sekitar pukul 8.15 pagi selepas pihak berkuasa menerima aduan orang awam. "Susulan aduan yang diterima, penguatkuasa mengetuk pintu rumah tersebut yang kemudiannya dibuka kira-kira 10 minit kemudian."Pintu dibuka oleh seorang wanita yang memakai telekung labuh dan berseluar panjang.ARTIKEL BERKAITAN: Enak diulit mimpi dalam khemah, duda dicekup khalwat bersama anak dara - “Mereka hanya berendut”"Hasil pemeriksaan di bilik belakang, penguatkuasa mendapati seorang lelaki yang hanya berseluar panjang sedang menyorok di belakang pintu," demikian kenyataan di laman Facebook Lampu Suluh Banteras Maksiat JAINJ.Pemeriksaan lanjut mendapati, pasangan berkenaan tidak mempunyai status hubungan suami isteri dan berusia 30-an hingga 40-an."Rumah yang diserbu adalah milik wanita berstatus janda terbabit manakala pasangannya adalah duda yang datang dengan menaiki motosikal."Lelaki tersebut didapati masuk mengikut pintu belakang dengan alasan berjumpa atas urusan perniagaan," tambah kenyataan itu.Dalam pada itu, kedua-duanya mengaku akan mendirikan rumah tangga tetapi belum mempunyai tarikh yang sesuai.Susulan itu, mereka ditahan atas kesalahan khalwat seksyen 27 dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.