suria

Jangan terperdaya... Ketahui 10 fakta aktiviti Ah Long di Malaysia

Ah Long kini berselindung disebalik aplikasi dan akaun palsu di media sosial.

NEGARA kerugian lapan juta dalam tempoh kurang dua tahun disebabkan isu Ah Long yang setakat ini semakin hari semakin rakus mengaut keuntungan.

Perkembangan teknologi membuka peluang kepada Ah Long ini untuk terus mencari untung namun kekal terselamat daripada tindakan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, realitinya sudah banyak nasihat dihebahkan, namun masih ramai yang dilihat menjadi mangsa kepada sindiket lintah darat ini.

Mereka mendakwa tidak sedar bahawa “pemberi pinjaman” tersebut adalah Ah Long sehingga menerima pelbagai ancaman serta ugutan apabila gagal membuat bayaran.

Berikut adalah 10 fakta mengenai Ah Long di Malaysia sebagai peringatan untuk elak diri terperdaya.

1- Mendakwa menyediakan pinjaman kerajaan atau pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mempromosikan pinjaman di sosial media.

2- Pendaftaran menggunakan WhatsApp atau hanya perlu muat turun aplikasi yang disediakan.

3- Mencuri data daripada telefon peminjam yang memuat turun aplikasi mereka.

4- Menjanjikan pinjaman mudah dan pantas - dalam 10 minit kelulusan diberi, dan mereka hanya perlukan gambar MyKad dan selfie peminjam.

5- Mengenakan bayaran bunga mengikut jumlah hari peminjam lewat bayar.

6- Minta untuk pegang kad bank (ATM) si peminjam.

7- Tiada surat perjanjian.

8- Mengenakan pelbagai jenis yuran seperti perundangan. Hanya tiga jenis fi yang dibenarkan iaitu wang proses, yuran poses dan duti stem.

9- Peminjam disuruh untuk membuat bayaran secara mingguan.

10- Peminjam yang gagal membayar balik pinjaman akan dimalukan, antaranya dengan cara gambar mereka disunting dengan gambar dan mesej lucah sebelum diviralkan kepada keluarga, rakan-rakan dan sosial media. Mereka juga memaksa peminjam supaya lakukan kerja khianat kepada peminjam lain yang gagal membuat bayaran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain