suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengeluar arak Timah setuju pertimbang tukar nama, mohon tempoh seminggu

Jenama arak 'Timah' yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

PENGELUAR arak tempatan jenama 'Timah' telah bersetuju untuk mempertimbangkan penukaran nama dan imej pada label produk arak mereka, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, syarikat pengeluar arak terbabit, Winepark Corporation (M) Sdn Bhd, meminta tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mengenai penukaran nama dan imej pada produk itu.

"Perkara ini adalah antara hasil keputusan yang dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama kerajaan pada Rabu (27 Oktober).

"Pertemuan secara hybrid itu diadakan dalam suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pertemuan tersebut adalah susulan daripada pertemuan pertama yang diadakan antara syarikat Winepak (M) Sdn Bhd bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 25 Oktober lalu.

Alexander berkata, kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap isu jenama Timah yang dibincangkan di media elektronik dan sosial sejak dilancarkan awal Oktober lalu.

Tambah beliau, kementerian melalui MyIPO akan menambah baik prosedur yang membabitkan pelbagai kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya isu yang sama tidak berulang lagi pada masa hadapan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain