suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta hilang kawalan, lelaki pengsan ketika memandu gara-gara lapar tak makan

Ujian air kencing mengesahkan pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Foto: Andreas Gebert/Bloomberg

SEORANG lelaki yang pengsan semasa memandu merempuh sebuah kenderaan lain dan beberapa gerai di Taman Jenaris, Kajang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian petang Rabu itu.

“Kira-kira jam 6 petang, pemandu berusia 39 tahun itu dilihat memandu melawan arus lalu lintas sebelum melanggar sebuah kereta.

“Dia kemudian hilang kawalan kenderaannya berikutan rempuhan itu dan merempuh gerai di situ.

“Siasatan mendapati pemandu itu pengsan ketika memandu kerana tidak makan dan apabila sedarkan diri, dia panik sehingga menyebabkan kemalangan,” kata beliau.

Ujian air kencing mengesahkan pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika itu. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia