suria

Mujur ada belon! Nyawa peserta larian nyaris diragut panahan petir

Kean Wee terselamat apabila petir memanah belon yang dibawanya, dan bukannya dirinya.

PETALING JAYA: Nyawa seorang peserta larian terselamat daripada dipanah petir semasa menyertai Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang pada Ahad.

Cheng Kean Wee terselamat apabila petir tersebut memanah belon yang dibawanya dan bukannya tubuh peserta itu.

Kean Wee yang merupakan peserta maraton penuh tersebut berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 3 kilometer (km) dari garisan penamat (42km), ketika dia dan peserta lain berlari dalam keadaan ribut petir.

ARTIKEL BERKAITAN: Acara 10KM Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang dibatalkan, peserta dapat medal

"Kami memulakan maraton kira-kira pukul 1.30 pagi. Ia mula hujan dengan lebatnya di KM31 dan kami dapat mendengar guruh dan kilat semasa perlumbaan berlangsung," katanya.

Peserta kelahiran Pulau Pinang berusia 32 tahun itu yang membawa belon larian selama empat jam 30 minit serta beberapa pelari lain memutuskan untuk menamatkan perlumbaan dengan cepat.

"Ketika pelarilain dan saya sedang menuju ke garis penamat, kami melihat cahaya terang dan mendengar bunyi yang sangat kuat.

"Saya merasakan bahagian belakang saya sedikit ringan. Salah seorang pelari memberitahu bahawa belon larian yang saya bawa telah pecah," katanya, sambil menambah bahawa dia terkejut kerana belon seperti itu biasanya diperbuat daripada bahan yang kukuh.

Kean Wee yang bekerja sebagai eksekutif akaun di Pulau Pinang itu berasa sedikit terkejut dengan kejadian tersebut, tetapi merasa lega kerana dia masih hidup. - The Star

Artikel Berkaitan

Artikel Lain