suria

Tiada Lagi Ujian Tambahan - Hospital

PETALING JAYA: Bermula Januari depan, hospital kerajaan akan lebih berhati-hati dalam melakukan ujian untuk pesakit bagi mengawal kos.

Garis panduan baru itu mencadangkan ujian dan siasatan akan hanya dibuat ke atas 10 penyakit utama sahaja.

Sebagai contoh, ujian "bundle" akan disyorkan untuk radang paru-paru, kencing manis, sakit dada dan kegagalan jantung, kerana ia merupakan punca pesakit dimasukkan ke wad, kata Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai kepada Sunday Star.

Sistem "bundle" merujuk kepada  penjagaan dan kos yang disediakan untuk pesakit sepanjang tempoh rawatan.

Langkah untuk memperkenalkan sistem "bundle" akan menangani masalah semasa doktor yang mengarahkan terlalu banyak ujian dan lebih bergantung kepada keputusan ujian daripada kepintaran klinikal untuk merawat pesakit.

"Terdapat bukti kukuh bahawa apabila "bundle" digunakan secara baik, mereka boleh meningkatkan kualiti, konsisten dan kecekapan penjagaan kesihatan.

""Bundle" boleh mencapai hasil yang lebih baik dengan kos yang lebih rendah. Harvard Business Review baru-baru ini bercakap tentang mengurangkan  ujian dan menetapkan satu tahap untuk merawat pesakit dengan mengawal kos," Dr Jeyaindran .

Beliau menambah, pegawai perubatan perlu berhenti bergantung kepada ujian makmal sebaliknya menggunakan kepintaran klinikal mereka untuk merawat pesakit.

Menurutnya, ujian akan hanya dilakukan bagi mengesahkan diagnosis, atau menganggarkan tahap penyakit berkenaan.

Ketika ditanya jika kekurangan ujian akan menyebabkan misdiagnosis, beliau berkata, doktor masih boleh mengarahkan  siasatan tambahan jika benar-benar perlu.

"Kami tidak menjejaskan keselamatan pesakit tetapi mereka tidak boleh mengarahkan ujian dilakukan setiap masa kerana takut disaman pesakit.

""Bundle" hanya akan menghadkan siasatan yang tidak perlu atau tidak sesuai dibuat tetapi ia tidak menyekat kebebasan doktor untuk melakukan ujian tambahan.

"Doktor masih boleh mengarahkan ujian luar yang disenaraikan,  tetapi ia mesti dibenarkan untuk doktor kanan yang kemudiannya akan membuat keputusan berdasarkan keadaan pesakit."

"Langkah itu dijangka dapat menjimatkan perbelanjan Kementerian Kesihatan di antara 10 hingga 15 peratus setiap tahun," katanya.

Jelasnya, sistem "bundle" bukan perkara baru kerana ia telah digunakan di negara-negara lain dan dilaksanakan berdasarkan cadangan dalam Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG).

Beliau menambah, penyata konsensus CPG terdiri dibuat oleh pakar-pakar.

Artikel Lain