NSTP Diperintah Bayar Ganti Rugi RM350,000 Kepada Husam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Isnin memerintahkan The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) membayar ganti rugi RM350,000 kepada naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam kes saman fitnah berhubung isu penyalahgunaan kuasa dan salah urus dalam syarikat Air Kelantan Sdn Bhd.

Hakim, Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan NSTP membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Husam.

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Md Yunus Shariff yang mewakili Husam dan peguam Rishwant Singh yang mewakili NSTP.

Md Yunus memberitahu pemberita mahkamah turut memerintahkan syarikat itu membayar faedah lima peratus kepada Husam bermula dari tarikh saman itu difailkan.

Katanya, mahkamah juga membenarkan penangguhan sementara kepada NSTP untuk membayar ganti rugi tersebut sementara menunggu syarikat itu memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan pada atau sebelum 17 Mac ini.

Pada 12 April tahun lepas, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Husam selaku plaintif selepas beliau berjaya membuktikan tuntutannya.

Pada 31 Januari 2008, Husam memfailkan saman itu bagi menuntut ganti rugi RM6 juta terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Bunga Mohd Adhan Kecik, Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan NSTP selepas dua wakil rakyat itu mendakwa Husam terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah jenayah dalam pentadbiran kerajaan negeri dan menggesa Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat.

Kenyataan memfitnah yang didakwa itu telah diterbitkan dalam New Straits Times dan Berita Harian pada 28 November, 2007.

Bagaimanapun pada 15 Oktober 2009, Husam menarik balik samannya terhadap Mohd Adhan Dan Nozula selepas mereka membuat permohonan maaf secara terbuka pada awal Jun 2009 di akhbar berbahasa Melayu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain