suria

Paul Low: Saya Tidak Letak Jawatan

Datuk Paul Low
Datuk Paul Low

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low tidak akan meletak jawatan daripada Kabinet atau daripada tugasnya untuk membanteras rasuah.

Ditanya mengenai tindakan Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy yang meletak jawatan daripada Kabinet, Low berkata beliau tidak bercadang berbuat demikian.

"Saya bukan pihak yang membuat keputusan itu dan bukan juga pihak yang membuat perlantikan. Tapi saya hanya boleh komen yang saya tidak akan meletak jawatan.

"Saya tahu banyak tulisan di blog minta saya letak jawatan. Tapi kenapa perlu saya buay begitu? Saya belum selesaikan tugas (banteras rasuah) lagi," katanya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan beliau menerima surat peletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waythamoorthy pada Isnin lalu (10 Februari).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain