suria

Paip Pecah Akibatkan Kesesakan Dekat The Curve

PETALING JAYA: Insiden paip pecah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sepanjang Persiaran Surian, dekat The Curve dan pusat membeli belah Ikea.

Jurucakap Syabas mengesahkan insiden itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi dan kakitangan syarikat itu sedang berusaha untuk membaik pulih kerosakan tersebut.

Difahamkan insiden itu berlaku disebabkan kerja-kerja pembinaan jajaran MRT di Mutiara Damansara.

Ketika dihubungi, pasukan polis trafik dan anggota bomba dan penyelamat berkata, mereka tidak menerima laporan berhubung insiden paip pecah atau sebarang kesesakan lalu lintas.

Namun, pengguna Twitter yang tersekat dalam kesesakan menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengelak laluan ke Mutiara Damansara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain