suria

Kematian Banyak Ikan Di Johor Beri Kesan Kepada Nelayan

NUSAJAYA: Kematian banyak ikan di sungai Tanjung Kupang di Selat Johor dekat sini menjejaskan sumber pendapatan sebahagian nelayan dan penternak ikan di kawasan itu.

Sekurang-kurangnya 250 nelayan dan 10 penternak ikan menerima kesan daripada kematian ikan yang berlaku sejak empat hari lalu, dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penebusgunaan tanah di luar persisir di kawasan itu.

Salah seorang daripada penternak ikan, Lee Boon Hock, 30, berkata, beliau mengalami kerugian lebih RM150,000 dalam tempoh tiga hari apabila lebih 90% daripada ikannya mati.

"Kami hanya dapat menyelamatkan apa yang tinggal tetapi kesemua ikan itu perlu diuji dahulu sama ada ianya selamat untuk dimakan," katanya ketika ditemui di kolan ternakan ikannya dekat Kampung Pendas Laut di sini, Khamis.

Beliau menyedari air laut tercemar dan bertukar warna keperangan selepas projek penebusgunaan tanah itu bermula kira-kira sebulan lalu.

Katanya, ia merupakan kali pertama perusahaan ternakan ikannya mengalami kerugian seumpama itu.

Artikel Sebelum

Zaid Mungkin Tanding Di Kajang

Artikel Lain