suria

Pelakon Wanita Dalam Video Teresa Kok Nafi Watak Gambaran Ahli Politik

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita yang berlakon sebagai Mrs Jit dalam video kontroversi Onederful Malaysia CNY 2014 berkata, wataknya sepatutnya menggambarkan pelakon Hong Kong, mendiang Lydia Shum.

"Saya tidak tahu mengapa orang ramai mengatakan watak saya menggambar seorang ahli politik di negara ini.

"Peminat-peminat program televisyen Hong Kong pastinya faham mengenai gambaran itu dibuat merujuk kepada Lydia Shum," kata Lim Ching Miau, 32, ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.

Pelakon wanita itu menjelaskan bahawa pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menghubunginya antara dua dan tiga hari sebelum rakaman video itu dibuat.

"Saya berjumpa dengan Teresa buat kali pertama ketika sedang terlibat dalam pembikinan video itu. Saya terima skrip ketika itu juga," kata Lim.

Beliau menambah, polis menghubunginya pada pukul 5 petang Jumaat, memintanya untuk hadir ke ibu pejabat polis bagi merakamkan kenyataannya.

"Sebagai seorang rakyat negara ini yang bertanggungjawab, saya mahu memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menyelesaikan perkara ini," kata Lim.

Difahamkan bahawa dua pelakon lelaki dalam video itu tiba di IPK kira-kira pukul 9 pagi bagi merakamkan kenyataan mereka.

Mereka dilaporkan meninggalkan bangunan itu pada pukul 1.30 tengah hari.

Artikel Sebelum

Warga Emas Digilis Kereta Api

Artikel Lain