suria

Gadis 16 Tahun Maut Terbakar Di Sik

SIK: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Changhai, Jeneri di sini awal Isnin.

Siti Aishah Che Ani, 16, pelajar Sekolah Menengah Tunku Sulong, Jeniang di sini mati di tempat kejadian dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 4.45 pagi ini.

Turut tercedera dalam kebakaran rumah yang didiami empat beranak itu ialah abang mangsa, Mohd Firdaus Izwan Che Ani, 18, yang melecur di beberapa bahagian tubuh.

Bapa dan ibu pelajar itu, Che Ani Md Isa, 59, dan Normah Zainon, 51, dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Sik, Mohd Faisol Izwan Hang Tuah memberitahu pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan.

Beliau berkata mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Tiga Lelaki Nyaris Maut Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Lain