suria

PDRM Bantu KPDNKK Pantau Harga Barang - Ahmad Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) merangkap Anggota Parlimen Bagan Datoh mendengar penjelasan berkenaan rekabentuk Rumah Idaman Rakyat (R1R) dari Presiden Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh (kanan) dalam Majlis Mesra Rakyat SPNB Bersama Warga Bagan Datoh, Sabtu. Turut sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Sharul Zaman Yahya (tiga, kanan). -fotoBERNAMA

BAGAN DATOH: Polis akan membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memantau harga barang keperluan khususnya makanan di pasar borong dan premis perniagaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata PDRM akan membantu menangani tindakan peruncit dan pemborong yang menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

"Kita tidak akan menghantar pasukan berpakaian seragam untuk memantau tetapi anggota (polis) yang berpakaian biasa dan berlakon sebagai pelanggan untuk memantau harga barang dan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang kita ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ramah mesra rakyat bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Sabtu.

Ahmad Zahid berkata PDRM mempunyai mekanisme mengenai harga barang di peringkat pemborong sebelum ia dijual kepada peruncit.

"Kita telah membuat kajian mengenai harga yang dibeli oleh pemborong sebenarnya murah, tetapi apabila dijual dengan harga melampau kepada peruncit, maka peruncit terpaksa menaikkan harga barangan," katanya.

Beliau berkata tindakan yang dilakukan ini bukan bertujuan untuk mengganggu peniaga sebaliknya membantu kerajaan ekoran peniaga menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga barangan sedangkan mereka yang berbuat demikian.

"Saya melakukan ini bersama-sama dengan pegawai dan anggota polis atas keprihatinan terhadap apa yang sedang berlaku di pasaran sekarang. Saya tidak mahu campur dalam hal ehwal kepenggunaan kerana ia dalam bidang kementerian lain tetapi kita akan bekerjasama mengikut bidang kuasa PDRM," katanya.

Pada majlis itu SPNB turut melancarkan satu lagi produk rumah mampu milik dengan memperkenalkan Rumah Idaman Rakyat (RIR) yang memberi tumpuan pembeli di kalangan penduduk negara ini yang berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan.

Selain itu, 549 pemohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) turut menerima surat tawaran rumah berkenaan manakala 47 pemohon menerima kunci rumah. - BERNAMA

Artikel Lain