suria

Pekerja Kilang Simen Maut Dirempuh Babi

DUNGUN: Seorang pekerja kilang simen maut setelah motosikal yang ditungganginya dirempuh seekor babi liar di Jalan Durian Mentangau Felda Kerteh, Khamis.

Kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu berlaku ketika Roslan Mustaffa, 32, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kilang simen di Paka.

Akibat rempuhan itu mangsa yang berasal dari Kampung Durian Mentangau maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Menurut seorang saksi Awang Mohamad, 50, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Hospital Dungun untuk berjumpa dengan pakar jantung dan mengekori motosikal mangsa.

Seekor babi liar tiba-tiba melintas dan merempuh bahagian depan motosikal dan mangsa gagal mengelak lalu tercampak ke atas jalan, katanya ketika ditemui pemberita.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain