suria

Empat Muka Baharu Dilantik Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri) menyerahkan surat perlantikan jawatan Setiausaha Politik Ketua Menteri kepada Suzanne Lee Tze Ha pada majlis angkat sumpah jawatan itu di Kuching, Khamis. - fotoBERNAMA

KUCHING: Empat muka baharu merupakan antara 15 orang Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak yang mengangkat sumpah jawatan di sini Khamis.

Dayang Raoyah Abang Adeng, Jefferson Jamit Unyat, Pau Kiew Chuang dan Romeo Christopher Tegong yang pertama kali dilantik mengangkat sumpah di hadapan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam satu majlis di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Sebelas orang lagi penyandang yang dilantik semula ke jawatan berkenaan yang turut mengangkat sumpah ialah Datuk Wilfred Nissom, Abu Seman Jahwie, Ripin Lamat, Halmi Hazmi, Wilson Nyabong Ijang, Andrew Shilling Banggit, Ku Fut Po, Phang Dah Nan, Maurice Joannes Giri, Suzanne Lee Tze Ha dan Richard Wil Uban.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohd Morshidi Ghani dan beberapa orang anggota Kabinet Negeri turut hadir dalam majlis itu. - BERNAMA

Artikel Lain