Reman Ibu Bapa Kanak-Kanak Sweden Keras, Tidak Munasabah - Majlis Peguam - Semasa | mStar

Reman Ibu Bapa Kanak-Kanak Sweden Keras, Tidak Munasabah - Majlis Peguam

Gambar tiga anak lelaki pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, Ammar (tengah), Adam (kiri) dan Ariff (kanan). Gambar dimuatnaik di Facebook Ammar pada 1 Januari 2014.
Gambar tiga anak lelaki pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal, Ammar (tengah), Adam (kiri) dan Ariff (kanan). Gambar dimuatnaik di Facebook Ammar pada 1 Januari 2014.

PETALING JAYA: Kasar, tidak munasabah dan tidak seimbang dengan dakwaan.

Itulah reaksi para peguam berhubung lanjutan penahanan reman pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal sejak 18 Disember lalu sementara menunggu siasatan oleh pihak berkuasa Sweden selepas dipisahkan dari anak-anak mereka.

Pasangan tersebut didakwa memukul salah seorang anak lelaki mereka yang tidak menunaikan solat.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata sebarang undang-undang yang bertujuan untuk memberikan pihak berkuasa negara mengasingkan kanak-kanak daripada ibu bapa mereka mesti mempunyai perlindungan yang ketat.

"Laporan selanjutnya bahawa di bawah undang-undang Sweden yang menyatakan bahawa kanak-kanak dan ibu bapa tidak akan disatukan semula secara automatik walaupun dakwaan terhadap ibu bapa yang tidak berasas, atau di mana ibu bapa akhirnya didapati tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, tetapi tetap memerlukan permohonan oleh ibu bapa, kedengaran seperti tidak betul," katanya.

Walaupun seseorang boleh menentang penggunaan hukuman rotan terhadap kanak-kanak, langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini tidak boleh dilakukan sehingga merosakkan emosi dan psikologi mereka atau menjejaskan institusi keluarga, katanya.

Beliau berharap Kedutaan Malaysia di Sweden akan memberikan bantuan yang terbaik kepada ibu bapa dan kanak-kanak berkenaan.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Badan Peguam Andrew Khoo mengakui bahawa Sweden mempunyai pendekatan budaya yang berbeza untuk mendisiplinkan kanak-kanak, tetapi menambah:

"Pihak berkuasa perlu melihat kepentingan terbaik kanak-kanak. Adakah baik bagi mereka untuk dipisahkan daripada ibu bapa mereka? Ia mungkin lebih membahayakan berbanding memberi kebaikan."

Peguam jenayah Amer Hamzah Arshad mempersoalkan sama ada penahanan reman ibu bapa adalah demi kepentingan anak-anak mereka.

"Pihak berkuasa perlu mengambil kira sama ada ibu bapa mereka tahu undang-undang. Walaupun kejahilan undang-undang bukan alasan, dalam kes tidak serius ibu bapa patut diberi peluang," katanya.

Amer menggesa pihak berkuasa Sweden mengambil kira fakta-fakta dan hal yang berkisar isu-isu agama dan keadaan emosi kanak-kanak.

"Mereka perlu memikirkan tekanan emosi kanak-kanak apabila dipisahkan daripada ibu bapa mereka dan tinggal dengan keluarga dari latar belakang budaya dan agama yang berbeza," katanya.

"Nampaknya kanak-kanak tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Sweden. Jadi adakah ini demi kepentingan anak-anak?"

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain