suria

Kilang Membuat Kusyen Terbakar Di Puchong

PETALING JAYA: Asap tebal dapat dilihat sejauh beberapa kilometer apabila kilang membuat kusyen di Bandar Puchong Jaya, di sini terbakar, pagi Ahad.

Kilang dua tingkat itu terletak di Jalan Rajawali 1A.

Ketua Balai Bomba Puchong Jafri Amat berkata mereka menerima panggilan mengenai kebakaran pada pukul 10.01 pagi.

"Kami tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10.06 pagi selepas menerima panggilan daripada orang ramai yang melihat api," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau menambah pasukan yang terdiri daripada 24 anggota bomba hanya dapat mengawal kebakaran sekitar pukul 10.40 pagi.

"Struktur utama bangunan itu masih utuh tetapi bahagian dalam kilang itu musnah dalam kebakaran itu. Kami percaya bahawa kebakaran bermula di kawasan belakang kilang yang dijadikan stor," tambah Jafri.

Beliau menambah tidak ada laporan kecederaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain