suria

Kes Bunuh Hussain Najadi: Pemandu Teksi Jumpa Suspek Dua Kali

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi yang didakwa membawa suspek yang membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian, Hussain Ahmad Najadi memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia bertemu dengan suspek dan kemudian membawanya dua kali secara berasingan.

Chew Siang Chee berkata, dia bertemu dengan suspek yang dikenali sebagai Ah Kwan dan pemandunya Ah Meng di sebuah kedai mamak di Jalan Ceylon dan di sebuah kuil.

Chew, 46, yang menjawab soalan timbalan pendakwa raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam perbicaraan bagi membela diri di hadapan hakim Azwarnida Affandi pada Rabu.

Ketika ditanya oleh timbalan pendakwa raya sekiranya mereka telah merancang untuk menembak seseorang dalam pertemuan itu, Chew menjawab tidak bersetuju.

Dia turut berkata dia tahu bahawa pembunuh itu dikenali sebagai Ah Kwan dan orang memanggilnya "Sei Ngan Chai" (lelaki berkaca mata).

Ditanya mengenai peranan Ah Meng dalam kes berkenaan, Chew menjawab, "Ah Kwan memperkenalkan lelaki itu sebagai pemandunya."

Menjawab satu lagi soalan sama ada kuil (di mana mereka mengadakan pertemuan) merupakan tempat berlakunya kes bunuh, dia berkata, "tidak".

Mengenai pistol yang dijumpai di sebuah peti pos di kondominium Desa Cindaimas, Chew berkata, Ah Kwan telah menganiayanya.

Dia turut berkata bahawa dia dan Ah Kwan pernah sekali bertelingkah mengenai wang.

Terdahulu, semasa pemeriksaan yang diketuai oleh peguam R. Ramesh, Chew bekata, dia tidak terlibat dalam kes bunuh.

Dia berkata, dia ditahan pada 30 Julai.

Chew pada Rabu diarahkan untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facia terhadapnya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Chew dibicarakan kerana didakwa memiliki sepucuk pistol, bekalan peluru dan empat butir peluru ketika didakwa pada 16 Ogos tahun lepas.

Dia dituduh memiliki sepucuk pistol jenis Walther dan bekalan peluru di kondominium Desa Cindaimas di Jalain Kuchai Lama pada pukul 5.45 petang pada 3 Ogos.

Jika disabitkan bersalah, dia boleh dipenjarakan maksimum 14 tahun dan tidak kurang dari enam sebatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dia berhadapan dengan tuduhan kedua kerana memiliki empat butir peluru pada hari yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Pada 29 Julai tahun lepas, Hussain, 76, ditembak mati sementara isterinya mengalami kecederaan serius ketika mereka keluar dari Kuih Kuan Yin di Lorong Ceylon.

Seorang lelaki bersenjata yang muncul dari arah belakang menembak Hussain dan isterinya yang berusia 50 tahun dalam jarak dekat, menyebabkan pengasas bank itu mati di tempat kejadian.

Pendengaran diteruskan pada 27 Januari ini untuk penghujahan.

Artikel Lain