suria

Wang Dorong Tindakan Noor Jan - Idris Haron

Anggota polis menahan Noor Jan dketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka, dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali
Anggota polis menahan Noor Jan dketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka, dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka". - Foto A.MALEX YAHAYA/The Star

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, individu yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' Noor Jan Tuah hanya memanipulasi orang ramai untuk kepentingan peribadinya.

"Apa yang didakwa mengenai dirinya dan apa saja perubahan pentadbiran yang kononnya ingin diperkenalkan, seperti mengutip wang dan mengenakan ufti kepada rakyat Melaka, semuanya bermotifkan wang.

"Kami perlu menghentikan perkara ini," katanya pada Selasa.

Idris berharap Noor Jan akan didakwa di mahkamah kerana tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Beliau turut menyatakan rasa bimbang terhadap pengikut Noor Jan dan penyokongnya, kerana segelintir daripada mereka terlalu taksub dengan dakwaan dia waris sebenar Sultan Melaka.

"Dia harus menerima tindakan kerana melanggar undang-undang," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain