suria

Mangsa Banjir Berkurangan Di Rantau Panjang

KOTA BARU: Jumlah mangsa banjir di Rantau Panjang berkurangan pagi Rabu kepada 1,451 orang berbanding 1,968 malam Selasa.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada 563 keluarga yang kini ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Berdasarkan keadaan cuaca baik sejak tiga hari lalu, dijangka lebih ramai akan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat.

Sungai Golok di Rantau Panjang surut kepada 9.65 meter namun masih melepasi paras bahaya, sembilan meter.

Jalan alternatif ke Jeli di Panglima Bayu kembali dibuka kepada semua kenderaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain