suria

Wakil Persatuan Bible Malaysia Jumpa Penguatkuasa Jais

SHAH ALAM: Wakil Persatuan Bible Malaysia (PBM) tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini Jumaat untuk berbincang mengenai rampasan bible versi Bahasa Malaysia dari premis persatuan itu, awal bulan ini.

Presiden PBM, Lee Min Choon, berkata ia adalah mesyuarat biasa untuk menjelaskan kepada pegawai penguatkuasa Jais mengapa bible tersebut dibenarkan untuk kegunaan di negeri itu.

"Kita juga berharap dapat bekerjasama dengan Jais untuk mencari mekanisme sesuai bagi membendung serbuan yang kontroversi itu daripada berlaku," katanya kepada pemberita.

Turut hadir pengurus PBM, Sinclair Wong dan setiausaha agung PBM, Simon Wong.

Artikel Lain