suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angin Kencang, Laut Bergelora Berterusan Sehingga Isnin

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) yang kini melanda perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Isnin (13 Januari).

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 4.5m itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.

Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori pertama melanda perairan Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan serta Sabah meliputi kawasan pedalaman, pantai barat, Kudat serta Sandakan.

Keadaan angin kencang yang bertiup antara 40 dan 50 km/jam serta ombak setinggi 3.5m itu dijangka berlaku esok sehingga Isnin ini, menurut kenyataan itu.

Keadaan ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut serta sukan laut. - BERNAMA

Artikel Lain