suria

Jambatan P.Pinang Sesak Teruk, Dua Kereta Berlanggar

Keadaan sebuah pacuan empat roda yang terbalik dalam kemalangan membabitkan kereta pelbagai guna (MPV) di Jambatan Pulau Pinang pada Jumaat menyebabkan ratusan kenderaan yang melalui jambatan itu dari Seberang Perai menghala ke pulau terperangkap dalam kesesakan luar biasa.

GEORGE TOWN: Ratusan kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Perai menghala ke pulau terperangkap dalam kesesakan luar biasa selepas dua kereta berlanggar pada Jumaat.

Jurucakap Jambatan Pulau Pinang berkata kemalangan melibatkan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda itu berlaku di lorong kiri Km3 jambatan berkenaan pukul 9.15 pagi Jumaat.

"Kemalangan itu menyebabkan pacuan empat roda itu terbalik mengiring ke kiri bagaimanapun tiada kecederaan serius dilaporkan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata setakat pukul 10.30 pagi, kedua-dua kenderaan terlibat belum dialih dan pihaknya masih menunggu ketibaan trak penunda.

"Kami sedang berusaha mengalihkan kenderaan terbabit bagi membolehkan lalu lintas bergerak lancar namun sikap pengguna yang memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan itu memburukkan lagi keadaan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain