suria

Perkhidmatan Komuter Laluan Pelabuhan Klang Dan Batu Caves Terganggu

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Pelabuhan Klang dan Batu Caves terganggu pagi Khamis berikutan tren kargo tergelincir berhampiran stesen Angkasapuri di sini.

Menurut kenyataan KTMB, insiden itu menyebabkan jadual perkhidmatan mengalami kelewatan selama kira-kira 30 minit sehingga tengah malam ini.

Katanya, ia adalah disebabkan penggunaan satu landasan berbanding operasi biasa dengan dua landasan di antara Stesen Pantai Dalam dan KL Central.

"Bagaimanapun laluan Tanjung Malim dan Rawang serta Sungai Gadut tidak terjejas dan beroperasi mengikut jadual seperti biasa," katanya.

Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan dan pengguna boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi pusat panggilan KTM Berhad di talian 1 300 88 5862. - BERNAMA

Artikel Lain