suria

MKPN Patut Minta Jais Kembalikan Biblle Yang Dirampas - Ti Lian Ker

PETALING JAYA: Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) sepatutnya meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk mengembalikan naskah Bible yang dirampas dalam serbuan di Persatuan Bible Malaysia (PBM) baru-baru ini.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata, sementara jabatan itu mengetahui tentang tindakan serbuan mereka dikesali oleh MKPN, ia sepatutnya mengambil pendirian yang lebih sukar dengan mengisytiharkan bahawa perbuatan itu adalah salah secara terbuka.

"Disebabkan itu, ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan keras Jais. MKPN boleh menasihatkan supaya mengembalikan naskah Bible yang dirampas," katanya.

Ti berkata, biro itu mengalu-alukan kritikan oleh MKPN terhadap serbuan Jais dan meminta semua pihak supaya mematuhi resolusi 10 perkara yang dibuat oleh Kerajaan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, sebagai rakyat Malaysia, beliau kecewa dengan pendirian yang diambil oleh kedua-dua belah pihak dalam politik terhadap penggunaan kalimah Allah.

"Oleh kerana Jais adalah di bawah kerajaan negeri, Pakatan Rakyat bertanggungjawab sepenuhnya untuk serbuan itu dan tidak menolak isu berkenaan kepada polis ataupun pejabat Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata, jika tindakan Jais 'adalah sama seperti penyalahgunaan kuasa', kerajaan negeri perlu mengambil tindakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain