suria

Polis Nafi Kanak-Kanak Lima Tahun Dirogol Sepupu

ALOR SETAR: Polis pada Ahad menafikan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dirogol oleh sepupu berusia enam tahun seperti yang dilapor oleh media, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata perkara itu berdasarkan laporan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang diterima oleh pihaknya.

"Ibu bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis pada 1 Jan lepas mendakwa anak mereka dirogol dan polis menasihatkan mereka membuat pemeriksaan di HSB.

"Hasil laporan yang diterima, perkara itu tidak berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau juga berkata polis tidak pernah mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol kerana kertas siasatan akan dibuka berdasarkan laporan perubatan.

Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dirogol oleh sepupu lelaki berusia enam tahun ketika bermain 'ibu bapa' dalam kejadian 29 Disember di sebuah rumah di Pendang. - BERNAMA

Artikel Lain