suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Batu Caves Tawar Diri Tanding Jawatan Ketua AMK

Amirudin Shari
Amirudin Shari

PETALING JAYA: Setiausaha Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Amirudin Shari mengumumkan hasrat bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat pada pemilihan parti itu Mei ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves itu, keputusannya menawar bertanding bagi jawatan itu dibuat selepas mendapat sokongan daripada anggota sayap itu daripada seluruh negara.

"Setelah mendapat kata sepakat dan dorongan teman-teman khususnya anggota AMKN daripada seluruh negara, saya dengan ini menyatakan hasrat untuk menawarkan diri sebagai calon Ketua AMKN dalam pemilihan PKR pada tahun ini.

"Semoga hasrat ini terus mendorong cita-cita rakyat untuk melaksanakan agenda reformasi," katanya pada Sabtu.

Jawatan Ketua AMK kini disandang oleh Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau menyandang jawatan itu sejak 2007.

Artikel Lain