suria

Kem Tahanan Kamunting Dijadikan Penjara Agro

Ahmad Zahid bersalaman dengan Mohamad Khalid (kanan) ketika menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang baharu itu di Putrajaya, Isnin.-fotoBERNAMA
Ahmad Zahid bersalaman dengan Mohamad Khalid (kanan) ketika menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang baharu itu di Putrajaya, Isnin.-fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kem Tahanan Kamunting akan dijadikan penjara agro dan kekal sebagai pusat tahanan banduan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras dengan konsep sara diri yang diperkenalkan Jabatan Penjara kepada banduan.

Katanya, banduan yang ditempatkan di tempat tahanan itu nanti akan mengeluarkan produk makanan seperti sayur-sayuran dan ikan untuk keperluan mereka.

"Banduan itu nanti adalah di kalangan banduan yang dipilih dari beberapa penjara dan dikategorikan sebagai banduan tidak berisiko serta menjalani hukuman yang tidak panjang," katanya pada Isnin.

Dr Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baharu Datuk Mohmad Khalid Sharif di sini Isnin.

Pusat tersebut sebelum ini digunakan untuk menempatkan tahanan tanpa bicara dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Enam tahanan terakhir dibawah akta tersebut dibebaskan pada Ahad.

Artikel Lain