suria

Mandur Ladang Maut Kereta Bertembung Di Bukit Besi

DUNGUN: Seorang mandur ladang TDM Plantation Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) maut setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Km82, Jalan Jerangau-Jabor dekat Bukit Besi di sini pagi Isnin.

Mangsa Baderi@Nazri Mohamad, 42, berasal dari Dungun meninggal dunia selepas hampir tiga jam menerima rawatan di Hospital Dungun.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku berlaku ketika mangsa yang tinggal di Kuaters Guru Sekolah Kebangsaan Padang Pulut dalam perjalanan ke tempat kerjanya di ladang TDM AMBS.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Produa Viva yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta Produa Alza.

"Akibat pertembungan itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di Hospital Dungun," katanya kepada Bernama.

Pemandu kereta Perodua Alza yang berusia 25 tahun hanya cedera ringan di dada mendapat rawatan di hospital sama, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain