Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM Pada 24 Disember - Semasa | mStar

Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM Pada 24 Disember

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjadualkan semula Ujian Kecenderungan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk calon yang terjejas akibat banjir di kawasan Pantai Timur.

Mara dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan ujian dan sesi temu duga itu akan diadakan pada 24 Disember bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang di MRSM Kota Putra, Terengganu (calon program Ulul Albab) dan MSRM Kuantan, Pahang (calon program biasa dan 'International General Certificate of Secondary Education').

Calon boleh menghubungi talian 09-6957655 bagi ujian dan sesi temu duga di MRSM Kota Putra dan 09-5681502 bagi MRSM Kuantan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun