suria

Lima Remaja Orang Asli Yang Hilang Ditemui Keletihan

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jeneri, Mahathir Abd Hamid (dua, kanan) bersama dengan lima remaja Orang Asli berasal dari Pahang yang diselamatkan selepas dipercayai diusir dari ladang tembekai di kampung Sungai Siput dekat FELDA Lubuk Merbau petang Rabu. Mereka ditempatkan di rumah Rehat Sik sementara menunggu pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Gerik Perak mengambil mereka untuk dihantar pulang ke kampung halaman mereka di Pahang. Turut kelihatan Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Sik, Nurulfazliyani Hassan (kanan). -fotoBERNAMA

SIK: Lima remaja lelaki Orang Asli mendakwa dihalau seorang pengusaha kebun tembikai setelah menjadikan mereka buruh paksa selama beberapa hari dan diarah berjalan kaki pulang ke kampung halaman mereka di Chini, Pahang.

Remaja dari Kampung Batu Gong, Chini itu berjalan hampir 20 kilometer semasa terserempak dengan Unit Peronda Polis daerah Sik dalam keadaan letih dan lapar di Kampung Gajah Putih, Jeneri kira-kira pukul 3 petang semalam.

Remaja berusia 11 hingga 16 tahun itu mendakwa diusir seorang pemilik ladang tembikai di Kampung Sungai Siput dekat Felda Lubuk Merbau.

Menurut seorang remaja berkenaan, Boon Barok, 13, seorang lelaki dikenali sebagai 'Ah Yau' datang ke kampung mereka untuk menawarkan pekerjaan sebagai buruh di ladang tembikainya dua minggu lepas.

"Kami datang menaiki bas ekspres dengan tiket dibelikan lelaki tersebut namun selama beberapa hari bekerja kami diberi makan waktu siang sahaja dan waktu malam tidak diberi makanan.

"Bagaimanapun pagi semalam lelaki itu menyuruh kami pulang ke kampung dengan alasan tiada kerja. Kami dibekalkan sebiji buah tembikau tetapi tidak diberi wang tambang," kata Boon semasa ditemui pemberita, Khamis.

Empat lagi rakannya ialah Asmi Asai, 13, Husain Jemoi, 14, Man Yeh, 11, dan Seri Salenda, 14.

Polis menempatkan sementara semua remaja itu di Rumah Rehat Sik sementara menunggu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Gerik mengambil mereka untuk dihantar pulang Kampung Batu Gong.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jeneri Mahathir Abdul Hamid kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pengusaha ladang tembikai itu dan meminta JAKOA segera membawa pulang semua remaja tersebut ke kampung mereka.

Beliau turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengusaha ladang tersebut kerana menggunakan bawah umur sebagai buruh paksa.

Mahathir berkata beliau telah menghubungi Adun Chini, Abu Bakar Harun yang memberi jaminan akan membantu kelima-lima remaja terbabit selamat sampai ke kampung halaman mereka. - BERNAMA

Artikel Lain