suria

Dua MP Ingkar Arahan Speaker Diarah Keluar Dewan

V. Sivakurnar (kiri) dan R. Sivarasa diarah keluar dewan selepas ingkar arahan Speaker.
V. Sivakurnar (kiri) dan R. Sivarasa diarah keluar dewan selepas ingkar arahan Speaker.
V. Sivakurnar (kiri) dan R. Sivarasa diarah keluar dewan selepas ingkar arahan Speaker.

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen diarah keluar dewan berikutan cubaan masing-masing untuk membangkitkan isu perobohan sebuah kuol Hindu, meskipun mereka telah dimaklumkan bahawa isu tersebut telah diselesaikan.

Usul yang dibawa oleh V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) mengenai kuil berkenaan telah ditolak dan turut memperlihatkan R. Sivarasa (PKR-Subang) yang mendapat perintah berkawad sejam lebih awal.

Sivakumar diarah keluar dewan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said selepas beliau enggan mendengar arahan Speaker agar beliau duduk di tempatnya.

"Tolong duduk dan benarkan (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan) meneruskan perbahasannya, kata Ismail kepada Sivakumar ketika sesi perbahasan mengenai peruntukan kepada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur dalam Belanjawan 2014.

"Isu berkenaan telah diputuskan oleh Speaker sebelum ini ketika ia dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Subang."

Sivakumar mahu tahu mengenai perkembangan terkini dalam isu perobohan kuil Hindu di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur yang telah dibangkitkan oleh N. Surendran (PKR-Padang Serai) dua minggu lalu.

Surendran akhirnya digantung selama enam bulan daripada Dewan Rakyat kerana melanggar Peraturan Mesyuarat.

Bagaimanapun, Sivakumar tidak mengendahkan amaran Ismail sebaliknya beliau terus membangkitkan isu berkenaan walaupun ketika timbalan menteri telah mula menggulung ucapannya.

"Kenapa tidak sesuai membangkitkan isu ini ketika timbalan menteri ada di sini? Apa yang saya mahu tahu ialah perkembangan terkini mengenai masalah kuil tersebut," katanya sebelum Ismail mengarahkan 'dia keluar daripad dewan' kerana enggan mematuhi arahan Speaker.

Terdahulu, Sivaras diarah keluar dewan oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana membangkitkan isu kuil Hindu tersebut.

"Isu berkenaan telah dibangkitkan dan tindakan telah diambil oleh pihak kerajaan.

"Apa yang membuatkan anda fikir tafsiran undang-undang (Peraturan Mesyuarat) itu melebihi arahan saya," kata Pandikar.

Sivarasa pada mulanya enggan duduk dan berdiri sambil menerangkan pandangannya mengenai Peraturan Mesyuarat, yang mana Pandikar menggunakan Peraturan Mesyuarat 44 dan mengarahkan dia keluar daripada dewan.

Artikel Lain