suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Dilepas & Dibebaskan Dari Tuduhan Bunuh Rakan Sejawat

ALOR SETAR: Seorang anggota polis dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar daripada hukuman membunuh rakan sejawatnya ketika bertugas mengawal pintu masuk Istana Anak Bukit April tahun lalu.

Bagaimanapun Pesuruhjaya kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab memerintahkan tertuduh, Rosli Abu Hassan ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan sementara menunggu keizinan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk dibebaskan.

Mohd Zaki, dalam penghakimannya mendapati tertuduh disahkan mengalami gangguan mental dan tidak siuman ketika melakukan kesalahan.

Artikel Lain