suria

Ibrahim Ali Dipenjara Sehari, Denda RM20,000

Ibrahim Ali
Ibrahim Ali
Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Ibrahim Ali dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 kerana menghina mahkamah dan mencalar imej seorang hakim Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Tinggi, John Louis O'Hara memberikan penghakiman selepas hampir dua jam mendengar permohonan oleh peguam-peguam.

Penulis blog, Zainddin Salleh turut didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara empat minggu.

Kedua-dua hukuman berkuatkuasa hari ini (Selasa).

Pada 17 Januari lepas, Anwar memfailkan permohonan komital dan mendakwa penerbitan artikel di laman web Perkasa pada 7 Januari lepas menjatuhkan maruah hakim terbabit, yang membuat keputusan dalam kes saman fitnah ketua pembangkang itu terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Kes saman itu adalah berkaitan artikel temu bual Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC).

Beliau berkata artikel itu mengandungi serangan peribadi terhadap hakim Mahkamah Tinggi yang didakwa bersifat penghinaan, dan diterbitkan sebelum saman tersebut diputuskan pada 21 Januari lepas.

Pada tarikh itu, Mahkamah Tinggi memutuskan dua artikel terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd pada 21 Januari tahun lepas berhubung temu bual Anwar dengan BBC berkaitan undang-undang homoseksual, adalah fitnah.

Artikel Lain