suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Keluarga Mangsa Culik, Bunuh Di Semporna Tiba Di Sabah

PETALING JAYA: Ahli keluarga mangsa culik dari Taiwan, Chang An Wei dan suami beliau yang dibunuh Hsu Min Li telah tiba di Sabah.

Abang An Wei, Chang Da Gong Hsu dan abang Min Li, Hsu Li Ren dan dua anak saudara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 11.30 pagi Selasa.

Mereka bertemu dengan wakil-wakil dari Malaysia dan Taiwan dan kini terbang ke Tawau.

Kumpulan ini datang dengan bagasi minimum dan kelihatan muram.

Mereka enggan bercakap dengan pemberita dan terus menuju terus ke lounge VIP, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan.

Keluarganya akan membantu polis Malaysia dalam siasatan kes pembunuhan dan penculikan semasa berada di Sabah.

Mereka juga akan pergi ke Pulau Pom Pom untuk mengumpul barang-barang mangsa, kata agensi itu, sambil menambah bahawa keluarga Min Li telah menyediakan satu bekas simpan abu mayatnya.

Artikel Lain