suria

Mangsa Kedua Lemas di Sungai Semantan, Mentakab Ditemui

KUANTAN: Mayat seorang lagi kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Semantan petang Sabtu lepas ditemui pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh berkata mayat S. Thurgadevi, 9, ditemui pasukan penyelamat pada 12.45 tengah hari. "Mayat kanak-kanak itu ditemui di bawah sebatang pokok tumbang kira-kira lapan kilometer dari tempat mangsa dilapor hilang. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Semalam mayat kakaknya, S Sivaneswary, 10, ditemui sepasukan anggota skuba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh pada pukul 10 pagi, kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

Sabtu lepas dua beradik itu yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Mentakab dilapor hilang semasa mandi di sungai berkenaan. -BERNAMA

Artikel Lain