suria

Asoghan Mahu Guan Eng Kemuka Laporan Pemilihan CEC Kepada ROS

BUTTERWORTH: Bekas Pengerusi DAP cawangan Bagan Luar, G.Asoghan mahu Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng mengemukakan laporan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk diiktiraf sebagai sebuah parti yang sah.

Asoghan berkata DAP perlu mematuhi undang-undang kerana CEC yang baru dilantik itu harus mendapat pengiktirafan daripada ROS selaras dengan Akta Pertubuhan 1966.

"Laporan ini adalah penting untuk ROS membuat penilaian (pada pemilihan semula) sebelum memutuskan sama ada CEC barisan baharu adalah sah.

"Saya tertanya-tanya mengapa Lim takut untuk menghantar laporan itu kepada ROS lagipun pemilihan semula CEC telah selesai dua bulan lalu (diadakan pada 29 Sept)," katanya dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Katanya kepimpinan parti PARTI PARTI negeri perlu memainkan peranan dengan menggesa dan menasihati Lim agar menyegerakan penyerahan laporan penuh pemilihan semula CEC parti itu dan senarai pemegang jawatan yang baharu.

"Mereka ( pemimpin negeri) tidak boleh hanya berdiam diri ... mereka mesti mempunyai tanggungjawab kepada ahli-ahli akar umbi masing-masing. Mereka (akar umbi) tidak sabar-sabar untuk mengetahui sama ada pemilihan parti baru-baru ini telah diiktiraf oleh ROS," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain