suria

Kes Bunuh Di Penampang: Seorang Suspek Dipercayai Terlibat

KOTA KINABALU: Polis percaya kes pembunuhan sepasang suami isteri di kilang memproses makanan laut di Penampang Jumaat lepas hanya membabitkan seorang suspek.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan mendapati tiada unsur rompakan atau pecah masuk di tempat kejadian.

Beliau berkata polis menemui dua senjata di lokasi kejadian yang masih dalam siasatan bagi memastikan sama ada ia diguna dalam kes itu.

"Polis juga telah melihat kamera litar tertutup di kawasan itu dan mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta tampil memberi maklumat agar dapat membantu siasatan," katanya kepada pemberita semasa Program Kasih Sayang di Pulau Gaya dekat sini Ahad.

Sepasang suami isteri dari Sarawak ditemui mati dengan kecederaan di kepala dan mayat mereka ditemui penyelia kilang pada kira-kira 9.20 pagi di sebuah bilik tempat pasangan itu tinggal. - BERNAMA

Artikel Lain