suria

Setiausaha Politik MB Johor Dipilih Ketua Umno Bahagian Gelang Patah Yang Baru

JOHOR BAHARU: Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Mohamad Khairi Abdul Malik berjaya terpilih sebagai ketua Umno Bahagian Gelang Patah yang baru.

Beliau memperolehi 219 undi menewaskan penyandang jawatan, Datuk Aziz Sapian yang mendapat 69 undi manakala seorang lagi calon, ahli Dewan Undangan Negeri Nusa Jaya Dr Zaini Abu Bakar yang memperolehi 96 undi.

Pada pemilihan yang lalu, Khairi yang juga merupakan bekas ketua pemuda bahagian tewas untuk merebut jawatan naib ketua bahagian.

Artikel Lain