suria

Suspek Gengster Ditahan Di Flat Desa Mentari

PETALING JAYA: Seramai 18 lelaki ditahan dalam Ops Cantas Khas di kawasan Desa Menteri pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, kesemua suspek dikehendaki polis kerana terlibat dengan dadah dan jenayah berkaitan dan penglibatan dengan kumpulan gengster yang didakwa.

"Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan rumah flat Desa Mentari dan Desa Ria berdasarkan maklumat yang mengatakan ramai suspek yang dalam senarai dikehendaki tinggal di sini," katanya pada sidang media semasa operasi tersebut.

Beliau berkata operasi itu dilakukan dengan kerjasama 100 anggota Pasukan Gerakan Am, 33 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Trafik untuk menyekat laluan di kawasan itu.

"Kami akan terus mencari suspek dikehendaki di beberapa kawasan lain sehingga semuanya ditahan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain