suria

Bahasa Inggeris Subjek Wajib Lulus SPM Mulai 2016

Muhyiddin menunjukkan buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 selepas melancarkan pelan pendidikan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat. Turut hadir Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Datuk Seri Idris Jusoh (kiri) dan Timbalannya Datuk Mary Yap Kain Ching.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Waktu pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah akan ditambah bagi meningkatkan penguasaan bahasa itu dikalangan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu sebagai persediaan untuk menjadikan bahasa itu sebagai mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2016.

"Kami sedang mengkaji untuk menambah waktu pembelajaran Bahasa Inggeris dan sama ada ia akan menjadi berdaya maju untuk memulakannya dalam persekolahan satu sesi.

"Mungkin kita akan menambah waktu persekolahan kepada satu atau dua jam; saya rasa ibu bapa tidak kisah jika anak-anak mereka berada di sekolah untuk jangka waktu yang sedikit panjang daripada melihat mereka terlibat dalam aktiviti tidak produktif.

"Sebagai contoh, jika kita menambah waktu persekolahan kepada dua jam, ini bermaksud sudah ada waktu tambahan 10 jam seminggu.

"Jika dibandingkan dengan kebanyakan negara maju, waktu persekolahan kita tidak begitu panjang," katanya kepada pemberita di sini selepas melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain