suria

Raja Nong Chik & Zulhasnan Pertahankan Jawatan MT Umno

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan akan mencalon Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Tan Sri Zulhasnan Rafique untuk mempertahankan jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media oleh pengerusi badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mesyuarat pertama yang dipengerusikannya pada Isnin.

Beliau berkata kedua-dua calon itu masing-masing merupakan timbalan pengerusi dan anggota jawatankuasa badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno turut mengumumkan pelantikan Raja Nong Chik sebagai pengerusi Jawatankuasa Khas Pembangunan Bangunan Umno Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa Pengurusan manakala Datuk Rizuan Abdul Hamid sebagai pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan badan perhubungan itu.

Beliau turut mengumumkan Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff sebagai Ketua Penerangan, Datuk Johari Abdul Ghani (Bendahari) dan Datuk Shafie Abdullah sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Umum Wilayah Persekutuan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain