suria

Tiada Bukti Syarikat Malaysia Terlibat Pembakaran Terbuka Di Indonesia

KUALA LUMPUR: Belum ada bukti dikemukakan kerajaan Indonesia terhadap kemungkinan syarikat Malaysia terlibat dalam pembakaran terbuka, di negara itu, semasa krisis jerebu bulan lepas.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit memberitahu persidangan Dewan Negara hari ini kerajaan Indonesia juga tidak melaksanakan apa-apa pendakwaan untuk mengaitkan penglibatan syarikat dari Malaysia dalam insiden tersebut, setakat ini.

Dr James berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Chandra Mohan yang meminta penjelasan mengenai dakwaan pembabitan syarikat Malaysia dalam pembakaran hutan di Indonesia.

Beliau berkata sektor perikanan negara mencatat kerugian RM1.2 juta membabitkan 3,285 nelayan semasa jerebu bulan lepas. - BERNAMA

Artikel Lain