suria

Jalan Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Mulai 7.30 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup mulai 7.30 malam Khamis sempena raptai penuh program Citrawarna 1Malaysia 2013.

Menurut kenyataan Polis Trafik Kuala Lumpur pada Khamis, jalan terlibat akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah acara tamat.

Jalan yang ditutup ialah Jalan Hishamuddin (dari arah Bulatan Hishamuddin), Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan, persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar, Jalan Kasturi, persimpangan Jalan Medan Pasar, Jalan Tun Perak, Bulatan Dato' Onn (arah ke Jalan Tun Perak),Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdulllah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.

"Pengguna jalan raya dinasihat supaya tidak melalui jalan-jalan yang terlibat bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan jalan raya," menurut kenyataan itu.

Program promosi pelancongan tahunan Citrawarna 1Malaysia akan berlangsung di Dataran Merdeka, Sabtu ini. - BERNAMA

Artikel Lain