suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Adli Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

PETALING JAYA: Aktivis mahasiswa pro pembangkang, Adam Adli Abd Halim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada Khamis selepas tempoh tahanan remannya tamat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek itu akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan yang dibuat dalam sebuah forum.

"Tahanan remannya akan tamat esok (Khamis). Kami menjangkakan dia akan didakwa di mahkamah," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Ku menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu dan membiarkan ia diselesaikan menerusi proses undang-undang.

Pada Sabtu, Adam Adli ditahan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.

Artikel Lain