KUALA LUMPUR: Malindo Air akan berlepas dari Terminal Skypark Subang di Subang menuju ke Pulau Pinang, Johor Baru dan Kota Baru dari 3 Jun menggunakan pesawat kipas (turboprop).
Malindo pada Isnin berkata, tambang perjalanan sehala bernilai RM69 dari 3 Jun hingga Mac 2014.
Syarikat penerbangan itu membeli enam pesawat ATR72-600 bermula sekarang hingga Disember.
Pesawat pertama dijangka tiba pada Isnin.


