suria

Adnan Yaakob Pegang Enam Portfolio Exco Pahang

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat pertama Menteri Besar bersama exco yang baru dilantik di Yayasan Pahang di Kuantan, Isnin. Foto BERNAMA

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada Isnin mengumumkan senarai portfolio Anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang.

Adnan sendiri mempengerusikan enam jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran; Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian; Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat; Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan; Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan dan Sistem Penyampaian Awam; dan Jawatankuasa Khas Perpaduan.

Bagi jawatan Exco yang lain pula ialah Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan), Datuk Mohd Soffi Abd Razak (Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar), Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran) dan Datuk Shafik Fauzan Sharif (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani).

Barisan Exco turut termasuk Datuk Shahiruddin Ab Moin (Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan), Datuk Abu Bakar Harun (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda), Datuk Mohd Johari Hussain (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan), Norol Azali Sulaiman (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas), Datuk Shahaniza Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia) dan Syed Ibrahim Syed Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain