suria

Pengarang

Malindo Air Tembusi Destinasi Global

PETALING JAYA: Malindo Air kini akan melebarkan sayapnya ke Timur Tengah, Eropah dan juga Afrika menerusi jalinan kerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan global.

Mavcom Kaji Setiap Penumpang Udara Dikenakan Caj

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang ditubuhkan pada Mac, sedang melihat kemungkinan mengenakan kadar RM1 bagi setiap penumpang untuk membiayai operasinya, menurut beberapa eksekutif penerbangan.

Peter Bellew Intai KLIA2

PETALING JAYA: Peter Bellew telah memulakan hari pertamanya sebagai peneraju Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang baharu dan berkata beliau mahu terus bergerak melakukan perubahan.

Bellew Akan Terajui MAS, Mueller Sertai Emirates?

PETALING JAYA: Christoph Mueller mungkin berahsia tentang langkahnya yang seterusnya, selepas beliau mengumumkan untuk meninggalkan Malaysia Airlines Bhd (MAS), tetapi satu laporan telah muncul menyatakan bahawa beliau akan bersama syarikat penerbangan terbesar di dunia, Emirates.

MAS Kembali 'Bernyawa', Catat Keuntungan Suku Pertama RM14 Juta

PETALING JAYA: Selepas mencatatkan kerugian selama beberapa tahun, Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang berwajah baharu merekodkan keuntungan pada suku pertama mencecah RM14 juta bagi tempoh antara Januari hingga akhir Mac tahun ini.

Peter Bellew Optimis Tentang Masa Depan MAS

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Airlines Bhd (MAS) Peter Bellew berkata beliau optimis tentang masa depan syarikat penerbangan itu yang disifatkannya sebagai sedang bergerak ke arah landasan yang betul.

"Bukan Sebab Tekanan Politik" - Mueller

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (MAS) Christoph Mueller pada satu taklimat sesi 'townhall' memberitahu bahawa keputusannya meninggalkan syarikat penerbangan itu bukan kerana tekanan politik atau tugas memulihkan syarikat itu terlalu besar baginya.

Tawaran MAS: Terima Atau Tolak?

PETALING JAYA: Walaupun wujud ancaman mogok, 14,000 kakitangan yang ditawarkan pekerjaan di syarikat penerbangan baharu perlu menjawab surat tawaran yang dikeluarkan Malaysia Airlines Bhd selewat-lewatnya pukul 5 petang Jumaat.

MAS Bhd Tawar Gaji Baharu Lebih Rendah Tetapi Berbaloi

SEPANG: Pakej gaji baharu untuk kakitangan MAS Bhd secara umumnya lebih rendah berbanding sedia ada tetapi ia ditawarkan dengan bonus sebanyak dua bulan, menurut sumber.

Kontrak 6,000 Kakitangan MAS Ditamatkan

SEPANG: Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya pada Isnin dan daripada jumlah itu kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd).